fb fb fb fb fb

Sistem e-muallaf akan diperluas ke seluruh negara

PUTRAJAYA, 29 Mac - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyasarkan untuk memperluas penggunaan sistem e-muallaf di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Sistem e-muallaf yang dibangunkan pada tahun 2013 bertujuan memudahkan mualaf menukar status agama dan nama selain memudahkan penyaluran bantuan ,bimbingan dan kematian kepada mereka.

Ketua Pengarah Datuk Hakimah Mohd Yusoff memberitahu ,hingga kini sistem e-Muallaf merekodkan pendaftaran seramai 58,670 orang mualaf.

Ketika ini tujuh negeri sudah menggunakan sistem berkenaan iaitu Wilayah Persekutuan, Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

(Hakimah ditemui di Majlis Pelancaran Simposium Guru Mualaf Peringkat Kebangsaan 2022,
di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya)

"Kita berunding dengan pihak negeri, sekarang ini perkara ni dah macam satu keperluan untuk kita ada satu pangkalan data untuk membantu mualaf-mualaf ini, kita mendaftarkan maklumat-maklumat berkaitan dengan mualaf ini. Daripada data itu kita boleh bekerjasama dengan pihak-pihak yang lain, di kementerian lain dan jabatan berkaitan," menurut Hakimah.

Hakimah berkata, inisiatif yang dibuat seperti e-muallaf ini penting dalam pengurusan golongan itu di peringkat Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan JAKIM.

Beliau mewakili Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Simposium yang pertama kali diadakan diperingkat kebangsaan itu bertujuan membantu memberi ilmu dan menjadi platform pertukaran pengalaman dengan guru mualaf.

Media Baharu