fb fb fb fb fb

Siklon Remal di Bangladesh-India: Rakyat Malaysia dinasihati berwaspada, hubungi konsular

Siklon kuat membadai Bangladesh sejak dua hari lalu/Foto AFP

KUALA LUMPUR, 28 Mei - Kementerian Luar (Wisma Putra) melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dan New Delhi, sedang memantau rapat impak susulan Siklon Remal, yang melanda persisiran pantai Bangladesh dan Bengal Barat, India pada 26 Mei lalu.

Wisma Putra menerusi kenyataan hari ini berkata, rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas digesa untuk sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan terkini, mematuhi arahan dan panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

"Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dan New Delhi," katanya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, dinasihatkan untuk menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, di House No. 19, Road No. 6, Baridhara Diplomatic Enclave, Dhaka, no telefon: +88 018 4179 8077 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sementara itu di New Delhi, beralamat di 50-M, Satya Marg, Chanakyapuri, New Delhi, no telefon: +91 859 5550594 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

"Sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN