fb fb fb fb fb

Sidang Kemuncak Sukan & Kesihatan Mental 2025 tingkat kesedaran kepentingan aktiviti fizikal

Datuk Nicol David

KUALA LUMPUR, 30 Oktober - Sidang Kemuncak Sukan & Kesihatan Mental 2025 yang julung kali dianjurkan Nicol David Organisation (NDO) bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai peranan aktiviti fizikal dalam menangani isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Pengasas NDO, Datuk Nicol David berkata ,program tersebut dilihat sebagai platform untuk dalam memberi pendedahan kepada golongan berkenaan sekali gus menikmati pelbagai aktiviti fizikal yang menyeronokkan.

"Penglibatan dalam sukan boleh memberikan kesan yang sangat positif terhadap kesihatan mental seseorang. Apabila kita bergerak, keyakinan diri kita meningkat, tubuh menjadi lebih kuat, dan kita juga menjadi lebih berdaya tahan bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga dari segi mental," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sesi pickle ball di ibu negara.

Melalui inisiatif Positive Play, NDO berjaya menarik lebih 900 pelajar dari seluruh negara menyertai program yang menggabungkan aktiviti fizikal bersama latihan psikologi positif.

"Kami dapat melihat peningkatan yang begitu ketara dalam kadar aktiviti dan persepsi diri mereka ketika ini. Pada masa ini, seramai 900 kanak-kanak daripada sekolah-sekolah di lembah klang kawasan pantai timur menyertai program ini, dan kami amat teruja untuk melangkah lebih jauh," katanya.

Statistik menunjukkan bahawa empat daripada lima rakyat Malaysia tidak aktif secara fizikal, manakala 33 peratus remaja mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti.

Sidang kemuncak itu memainkan peranan penting dalam membuktikan bahawa sukan merupakan alat paling berkesan untuk memupuk daya tahan mental serta meningkatkan kesejahteraan diri.

Program selama empat hari yang bermula hari ini hingga 2 November, menghimpunkan pemimpin daripada sektor sukan, pendidikan, perniagaan dan kerajaan dalam usaha menjadikan aktiviti fizikal sebagai keutamaan nasional.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI