Sidang Kemuncak KL20 2026 bakal berlangsung Jun depan

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah/Foto BERNAMA 

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Sidang Kemuncak KL20 2026 bakal berlangsung pada Jun depan di ibu negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai hab bagi 20 ekosistem syarikat pemula terkemuka dunia.
  • Menarik syarikat pemula dan pelabur antarabangsa untuk melabur dan mengendalikan perniagaan di Malaysia.
  • Tidak dianjur tahun lepas selepas pelancaran 2024; penambahbaikan tahun ini memberi tumpuan kepada modal teroka.

Menurut Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah sidang tersebut merupakan inisiatif kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai hab bagi 20 ekosistem syarikat pemula terkemuka dunia.

Pada masa yang sama, menarik syarikat pemula dan pelabur antarabangsa untuk melabur dan mengendalikan perniagaan di Malaysia.

“Kita tidak anjurkan tahun lepas kerana kita telah lancarkan pada 2024. Syarikat pemula bukan seperti syarikat biasa kerana ekonominya berorientasikan inovasi dan ia memerlukan proses yang lama untuk kita lihat hasilnya.

“Insya Allah tahun ini kita buat penambah baikan untuk memberi tumpuan pada modal teroka,” katanya di Dewan Negara hari ini.