fb fb fb fb fb

Sidang Kemuncak ASEAN: Malaysia promosi strategi semikonduktor

Foto RTM

KUCHING, 12 September - Sarawak akan memainkan peranan utama dalam strategi semikonduktor negara yang bakal diketengahkan pada Sidang Kemuncak ASEAN akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Sarawak berada pada kedudukan strategik untuk dipromosikan kepada firma asing sebagai destinasi pelaburan berteknologi tinggi

"Sebab dalam Mesyuarat Persidangan ASEAN nanti, kita akan mempromosi strategi semikonduktor kepada firma asing dan tentunya ia posisi terbaik untuk mengartikulasi posisi ini di bahagian negara dan Sarawak ", katanya demikian ketika berucap merasmikan peluasan fasiliti X-FAB Sarawak di Zon Perindustrian Bebas Sama Jaya di sini.

Jelas Datuk Seri Anwar, Malaysia kini lebih selektif menerima pelaburan, dengan mengutamakan pelaburan berfokus dan bernilai tambah tinggi.

Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak serta sektor swasta juga penting untuk memastikan negara terus jadi destinasi pilihan pelabur asing, khususnya dalam industri semikonduktor dan teknologi baharu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menegaskan kestabilan politik yang dinikmati yang dinikmati kerajaan membolehkan dasar ekonomi negara dirangka secara lebih holistik.

Jelasnya, perkara berkenaan telah pun dibuktikan oleh kerajaan Negeri Sarawak.

"Negeri seperti Sarawak mampu membangun sebagai ekonomi negeri yang hebat, pentadbiran yang cekap dan dipamerkan kepada negara-negara membangun di seluruh dunia", ujarnya.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD