fb fb fb fb fb

SiberKASA beri perlindungan keselamatan ekosistem ruang siber

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 Mac- Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Siber akan dibentangkan di Parlimen demi mewujudkan persekitaran siber yang selamat.

Di samping memperuntukkan kuasa pengawalseliaan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan oleh Agensi Keselamatan Siber Negara.

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata CyberSecurity Malaysia telah mengambil langkah memperkenalkan perlindungan terhadap keselamatan ekosistem ruang siber melalui Program Pemerkasaan Keselamatan Siber (SiberKASA).

"SiberKASA, yang telah dilancarkan pada 23 Mac 2021 bertujuan untuk membangun, memperkasa, melestari, dan mengukuhkan prasarana dan ekosistem keselamatan siber Malaysia agar sentiasa mampan, terpelihara, dan berdaya tahan," katanya bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas mengenai langkah kerajaan mewujudkan persekitaran siber yang selamat di Parlimen di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM