fb fb fb fb fb

Sewakan tapak berniaga kepada warga asing, 321 lesen premis dan penjaja dibatal DBKL

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Mac- Bagi tempoh 2022 sehingga Februari tahun ini, sejumlah 321 lesen premis dan lesen penjaja dibatalkan.

Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, tindakan dikenakan atas kesalahan menyewakan tapak kepada warga asing.

"DBKL akan ambil tindakan pembatalan lesen sekiranya didapati menyewakan lesen kepada pihak lain.

"Contohnya, DBKL turut mengeluarkan kompaun terhadap peniaga yang menyewakan lesen bazar Ramadan dan Alidilfitri. Untuk tiga tahun iaitu dari 2022 hingga Februari tahun ini, kita telah batalkan 321 lesen premis dan 66 lesen penjaja,"katanya.

Beliau turut memaklumkan, sehingga Februari tahun ini, 34 tindakan sitaan premis telah dilaksana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Bomba melibatkan kesalahan yang sama.

Penyataan bagi menjawab soalan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang ingin tahu tindakan kerajaan dalam mengawal masalah sosial Mini Dhaka.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE