fb fb fb fb fb

Stor tokong dijilat api

FOTO BOMBA KEDAH

BANDAR BAHARU, 13 Februari- Kebakaran sebuah tokong Cina mengemparkan penduduk Pekan Serdang, Bandar Baharu, Kedah  lewat malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat BBP Serdang Mohd  Shahir Reza Ruslal menerusi satu kenyataan bagaimanapun memaklumkan, kebakaran tokong yang terletak berhampiran Balai Polis Serdang itu hanya melibatkan bahagian stor.

Kejadian dilaporkan berlaku kira- kira pukul 10.22 malam .

Satu jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP Serdang termasuk unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan  EMRS serta bantuan Pasukan Bomba Sukarela Selama dikejarkan ke tempat kejadian.

Operasi pemadaman melibatkan satu aliran dan dua pancutan dari jentera bomba.

Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE