fb fb fb fb fb

Setiap kementerian disaran bantu veteran ATM

FOTO HIASAN/FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 8 November -Setiap kementerian perlu memainkan peranan bagi memastikan anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai ruang mendapatkan kerjaya selepas bersara kelak.

Ini termasuk bekerjasama menyediakan latihan kemahiran bagi meningkatkan peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan golongan berkenaan sekali gus, memberi perlindungan sosial diperlukan veteran dan keluarga untuk meneruskan kehidupan, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

"Terbaharu dengan Kementerian Ekonomi juga menyediakan modal,Mindef menyediakan tanah.

"Jadi ini sedang kita usahakan supaya kita boleh merancang dalam setiap kementerian itu mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk memastikan veteran ATM mempunyai ruang kerjaya kedua", kata Adly ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah

Tambah Adly, kementerian pertahanan turut memperhebat program 'Job Matching' untuk memperkasa golongan itu dengan kerjaya kedua yang lebih baik sama ada dalam bidang keusahawanan atau peluang pekerjaan.

Adly turut memaklumkan, 82% veteran ATM memilih bidang keusahawanan untuk menjana pendapatan selepas bersara.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD