fb fb fb fb fb

Serangan Balai Polis U.Tiram: Dua individu yang ditangkap dibebaskan

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar

JOHOR BAHRU, 22 Mei- Dua individu yang dikaitkan dengan serangan Balai Polis Ulu Tiram, Jumaat lalu dibebaskan tanpa syarat semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, dua pelajar berusia 21 dan 22 tahun itu dibebaskan setelah mendapat arahan Peguam Negara.

“Kedua-dua pelajar lelaki dan wanita itu ditangkap 17 Mei lalu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun, siasatan terhadap lima sekeluarga masih diteruskan memandangkan tempoh reman mereka tamat Jumaat ini,” katanya menerusi kenyataan.

Polis menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi, memanipulasi fakta atau membuat sebarang komen berhubung insiden itu bagi mengelak siasatan terganggu.

Jumaat lalu, dua anggota polis maut, manakala seorang lagi cedera selepas ditembak dan ditetak seorang lelaki di Balai Polis Ulu Tiram pukul 2.45 pagi.

Lelaki yang menyerang itu juga terbunuh.

Artikel Berkaitan: 
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh suspek direman merupakan warga tempatan - KPN
Motif serangan suspek di Balai Polis Ulu Tiram bersifat persendirian
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh individu dibawa ke mahkamah untuk reman

ROSLINA BINTI DIN