fb fb fb fb fb

Seorang pelajar UMT maut, tiga cedera parah dalam kemalangan di LPT2

Foto Ihsan PDRM

KEMAMAN, 17 Mei- Seorang penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) maut manakala tiga rakannya cedera parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) II di Kemaman, petang tadi.

Nahas berlaku di kilometer 312.4 sebelum susur keluar Plaza Tol Kerteh kira-kira pukul 5.15 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kmaman, Superintenden Hanyan Ramlan mengesahkan mangsa yang maut ialah Muhamad Fathol Harris Muhammad Asri , 21 tahun akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mangsa yang parah pula ialah, Azira Adriana Natasha Amirul Fais, Nur Farah Shakirah Mohd Hishamudin dan Noramirah Syahirah Abdullah, masing-masing berumur 21 tahun.

Dua lagi mangsa, S.Ignatius Suren dan Nur Mazni Andri hanya mengalami cedera ringan.

Superintenden Hanyan berkata kesemua mangsa merupakan penuntut tahun pertama Fakulti Kaunseling dan Fakuliti Maritim dalam perjalanan pulang ke UMT selepas selesai melakukan tugasan kursus luar di Kuantan, Pahang.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, MPV jenis Perodua Alza yang dipandu Ignatius Suren secara tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar sebuah papan tanda sebelum terbalik di laluan kiri lebuh raya.

Kesemua mereka sedang menerima rawatan di Hospital Kemaman manakala mangsa yang maut juga dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM