fb fb fb fb fb

Seorang maut, tiga cedera nahas kemalangan turun dari Genting Highlands

Kereta jenis SUV yang dinaiki mereka terbabas ketika turun dari Genting Highlands/Foto Bomba

GENTING HIGHLANDS – Seorang maut dan tiga lagi cedera dalam kemalangan apabila kereta jenis utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 14, Jalan turun dari Genting Highlands, petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, memaklumkan bahawa empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.57 petang.

"Kami segera ke tempat kejadian, dan mendapati mangsa-mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita telah dikeluarkan oleh orang awam," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut, manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.

"Pihak bomba juga membuat pemantauan di lokasi untuk memastikan kawasan tersebut berada dalam keadaan selamat," tambahnya.

Katanya, pihak bomba masih menjalankan siasatan mengenai punca kemalangan tersebut.

GRACE AISYAH KEDAYAN