fb fb fb fb fb

Seorang maut, dua cedera kemalangan tiga buah kereta

(Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian)

KULAI, 9 Oktober- Seorang maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan tiga buah kereta di Kilometer 37.1 Arah Selatan menghala Sedenak, Kulai, pukul 6.23 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superitenden Tok Beng Yeow memaklumkan, kemalangan menyebabkan pemandu tercampak keluar sejauh dua meter dari kenderaan setelah keretanya dirempuh dari belakang.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Kulai untuk tindakan lanjut.

"Dua lagi mangsa turut dibawa ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan manakala kenderaan terbabit dibawa ke Puspakom Senai untuk diperiksa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987," kata Tok kepada media, di sini.

(Seorang maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan tiga buah
kereta di kilometer 37.1 Arah Selatan menghala Sedenak, Kulai)

Media Baharu