fb fb fb fb fb

Seorang mangsa perahu karam di Sungai Kayan ditemukan

Jasad pertama dari tiga mangsa perahu karam yang dilaporkan hilang semalam dijumpai terapung di Sungai Kayan, Lundu, Sarawak

KUCHING, 20 Ogos- Salah seorang daripada tiga mangsa perahu karam di Sungai Kayan daerah Lundu yang dikhuatiri hilang semalam, ditemukan pagi tadi.

Berdasarkan tinjauan kru RTM di lokasi kejadian, Mayat Vilkie Wilson, 15 dijumpai terapung 10 meter dari pengkalan Kampung Selampit menghala ke hulu sungai.

Mayat mangsa telah diambil oleh pasukan penyelamat yang ketika itu sedang menjalankan operasi mencari.

Susulan penemuan tersebut, pasukan operasi mencari dan menyelamat terus memperhebat operasi pencarian dari lokasi mayat terapung untuk mengesan dua lagi mangsa iaitu Helena Fahsa Petrus dan Alsma Jitwil.

Mayat Vilkie telah dibawa ke hospital Lundu untuk tindakan selanjutnya.

Semalam, insiden perahu karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit daerah Lundu pada 6.15 pagi, melibatkan 20 orang termasuk seorang wanita dewasa dan seorang pengemudi bot serta 15 orang pelajar.

 

ROSLINA BINTI DIN