fb fb fb fb fb

Seorang lelaki ditahan, kempen di kawasan larangan

(Kenyataan media PDRM kontinjen Perak)

IPOH, 16 November- Seorang lelaki ditahan petugas Pasukan Rondaan Provos Tentera Laut (Protela) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, selepas mengedar risalah parti politik di dalam pangkalan TLDM.

Lelaki berusia antara 19 hingga 33 tahun itu dikesan melakukan kesalahan itu di dalam kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan dan tempat larangan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak menasihatkan semua parti bertanding supaya mematuhi segala peraturan yang telah dikuatkuasakan sepanjang tempoh berkempen.

Ini termasuk larangan di kawasan-kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan seperti mana dinyatakan dalam Akta 298, Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Mana-mana individu yang gagal mematuhi peraturan tersebut boleh dihukum penjara atau denda.

Dalam pada itu, polis Perak telah meluluskan 402 permit bagi tujuan aktiviti berkempen pada Selasa.


(Datuk Mohd Yusri Hassan Basri)

Media Baharu