fb fb fb fb fb

Senoi Praaq dikerah kawal sempadan Sungai Golok mulai 1 Disember

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat

KOTA BHARU, 25 Disember - Hampir 100 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq dikerah membantu pasukan keselamatan mengawal sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok, Kelantan bermula 1 Disember ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, ia susulan penguatkuasaan larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram. Anggota terlibat daripada dua battalion masing-masing di Pengkalan Hulu dan Bidor, Perak.

Perkara itu telah dibincangkan dan telah mendapat persetujuan Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain dalam satu pertemuan yang diadakan di Sabah. Mereka dijangka melapor diri bertugas pada 1 Disember ini.

"Ada dua battalion sana untuk bantu operasi di sempadan kita dan Thailand, sebab apa saya mahu guna orang mereka, kerana sebab dia akan terus ikut arahan ketua. Jadi faktor isu ketirisan Insha-Allah dapat dikurangkanlah," kata Mohd Yusoff.

Katanya, jumlah keanggotaan sedia ada yang bertugas  di kawasan sempadan Malaysia-Thailand (Kelantan) tidak mencukupi.

Bawah bidang kuasa PGA dan polis Marin, tugasan mengawal sempadan ialah sepanjang 106 kilometer manakala 30 kilometer lagi di bawah kawalan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

TETITIA YUSOFF