Semua pihak perlu dengar penjelasan Azam Baki – PM

Perdana Menteri ketika hadir pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM)/ BERNAMA

PETALING JAYA, 11 Februari – Semua pihak perlu mengambilkira penjelasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan pemilikan saham syarikat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri mahu semua pihak dengar penjelasan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengenai dakwaan pemilikan saham.
  • Anwar menyeru rakyat membaca dan memahami penjelasan Azam sebelum membuat tuduhan atau spekulasi.
  • Azam menegaskan beliau tidak memiliki saham dalam mana mana syarikat sejak Julai tahun lalu.
  • Azam akan mengemukakan surat tuntutan terhadap sebuah media berhubung laporan pemilikan saham.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, rakyat harus membaca dan memahami penjelasan Azam sebelum membuat sebarang tuduhan atau spekulasi.

“Orang buat kerja nak pecat mengapa, nak suruh ambil perasuah jaga. Dengar penjelasan dia (Azam Baki). Dia buat kerja, buat apa maki dia” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) di sini.

Terbaharu, Tan Sri Azam Baki menegaskan, beliau tidak memiliki sebarang saham dalam mana-mana syarikat sejak Julai tahun lalu.

Beliau juga memaklumkan bahawa akan mengemukakan surat tuntutan terhadap sebuah media susulan laporan berita berkaitan pemilikan saham membabitkan dirinya.