fb fb fb fb fb

Semua perlu bekerjasama tangani isu keciciran pembelajaran

Foto BERNAMA

HULU SELANGOR, 27 September- Semua pihak harus bekerjasama bagi menangani isu keciciran pembelajaran dalam kalangan pelajar sekolah di negara ini.

Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka tidak boleh dibiarkan tercicir, malah harus diberikan segala bantuan untuk meningkatkan keupayaan serta memberikan ruang dan peluang kedua.

"Saya harap kemudahan ini dimanfaatkan dengan sebaiknya, ibu bapa harus mempunyai tanggungjawab, guru terpaksa dibebankan kerana guru ada tanggungjawab menyelamatkan anak bangsa yang tercicir." katanya menerusi rakaman ucapan yang disiarkan pada Majlis Pelancaran Program Anak Kita: Semarak Potensi Malaysia di Sekolah Kebangsaan Rasa di sini.

"Anak-anak harus ambil kesempatan ini dengan sebaiknya tidak ada sebab kenapa kita tidak mungkin bangkit dan bernafas semula." tambahnya.

Majlis dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Peruntukan tambahan sebanyak RM41.3 bilion turut diberikan Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan Program Anak Kita, bagi mengatasi isu keciciran.

Menerusi inisiatif itu diharap memberikan makna kepada usaha menokhtahkan kemiskinan yang dilaksanakan kerajaan MADANI, kerana keciciran dalam bidang pendidikan itu terkait secara langsung dengan masalah kemiskinan.

Trainee