fb fb fb fb fb

Semua mangsa kebocoran gas ammonia kini stabil

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia di Universiti Cyberjaya

CYBERJAYA, 17 Februari- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan seramai 18 mangsa kebocoran gas ammonia di Shah Alam berada dalam keadaan stabil.

Manakala 14 daripada hanya bergejala ringan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, semua mangsa dibawa ke tiga buah hospital berasingan untuk rawatan termasuk lima di Hospital Tengku Ampunan Rahiman, Klang, 10 di Hospital Shah Alam dan tiga di Hospital Sungai Buloh.

"Sebanyak 18 mangsa telah dibawa ke tiga hospital berasingan, lima di Hospital Ampuan Rahimah Klang, 10 di Hospital Shah Alam dan tiga di Hospital Sungai Buloh Semua dalam keadaan stabil dan 14 bergejala ringan,"katanya.

Semalam, 33 pekerja kilang mengalami sesak nafas apabila terhidu gas ammonia di kawasan Jalan Keluli, Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7 Shah Alam.

Ia ekoran sebuah forklift terlanggar injap tangki gas ammonia di kilang tersebut.

Jelas Dzulkefly lagi, empat mangsa telah dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Beliau ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia di Universiti Cyberjaya.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE