fb fb fb fb fb

Semua majikan miliki pekerja wajib carum PERKESO

(Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed ketika ditemu bual media)

SHAH ALAM, 8 Jun - Semua majikan termasuklah pemilik kedai kecil yang mempunyai pekerja tidak terkecuali daripada mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Jelas Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, ia bagi memastikan setiap pekerja yang layak akan mendapat perlindungan keselamatan sosial sewajarnya.

"Kalau mereka ada seorang pekerja kedai tepi jalan, kedai goreng pisang, kedai berniaga nasi lemak pagi ke, ada satu pekerja sahaja, sila daftar dan mencarum, tidak ada pengecualian, setiap majikan yang menggaji satu pekerja wajib, ini adalah termaktub di dalam Akta 4 dan Akta 800 dan begitu juga kepada pekerja-pekerja e-hailing dan p-hailing mungkin merasakan bahawa mereka tidak wajib, sebenarnya mereka juga telah diwajibkan untuk mendaftar dan mencarum, jadi kita juga telah mencari pendekatan, bukan untuk membebankan mereka tetapi menjaga kebajikan mereka," kata beliau pada sidang media Ops Kesan Peringkat Kebangsaan di sini, pagi tadi.


(Foto fail)

Dalam operasi tersebut, sebanyak 220 kompaun dan tujuh arahan pematuhan telah dikeluarkan daripada 1,258 majikan yang dilawati.

Ops Kesan kali ini menyaksikan seramai 500 anggota PERKESO di seluruh negara turun padang secara serentak, setelah operasi itu dihentikan sementara tahun lepas akibat penularan COVID-19.

Media Baharu