fb fb fb fb fb

Semua kaum diajak sertai TLDM

KOTA TINGGI, 26 Mac- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak menetapkan sebarang kuota bagi pengambilan calon mengikuti latihan perajurit muda TLDM.

Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Laksamana Datuk Syed Zahrul Putra Syed Abdullah berkata semua kaum di negara ini boleh mengikuti latihan berdasarkan kelayakan ditetapkan.

"Tiada kuota, sesiapa pun masuk pun boleh untuk arini sebanyak 25 etnik yang ada Melayu, Cina, orang India, orang asli, orang Bajau, Dusun, orang Bugis, segala-galanya adalah," kata Syed Zahrul Putra.

Beliau berkata demikian selepas Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda ke-222 di Padang Kawad KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, Kota Tinggi.

Seramai 545 Perajurit Muda berjaya menamatkan latihan yang diikuti sejak Oktober tahun lalu.


(Mohammad Shahril Izwan Mohd Rizal, menerima anugerah Laskar Muda Terbaik Lelaki) 

Media Baharu