fb fb fb fb fb

Semua cawangan TH seluruh negara beroperasi esok

KUALA LUMPUR, 7 Mei - Sebanyak 123 pejabat cawangan Lembaga Tabung Haji (TH) di seluruh negara akan beroperasi, esok.

Ini bagi membolehkan bakal haji yang terpilih bagi musim haji kali ini membuat urusan haji masing-masing.

Demikian dimaklumkan Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamed Ameen Abdul Wahab dalam satu kenyataan hari ini.

"Semua 123 cawangan TH di seluruh negara akan beroperasi pada hari Ahad, 8 Mei 2022, bagi membolehkan bakal haji yang terpilih pada Musim Haji 1443H/2022M untuk menghantar surat terima tawaran haji, buku rekod rawatan setelah pemeriksaan kesihatan dibuat dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH yang berhampiran.

"Ini berikutan pengumuman TH untuk melanjutkan tarikh menjawab surat tawaran tunai haji kepada Isnin, 9 Mei 2022," katanya.

(FOTO BERNAMA)

Beliau berkata, bakal haji boleh hadir ke mana-mana cawangan TH seluruh negara yang akan beroperasi daripada pukul 8.45 pagi hingga 4 petang.

Ia bertujuan mengelakkan kesesakan di cawangan-cawangan TH dengan pendeposit untuk berurusan sempena cuti hari raya yang panjang.

"Keputusan ini dibuat bagi memberi kemudahan dan untuk melancarkan urusan bakal jemaah haji walaupun hari Ahad merupakan hari cuti di kebanyakan negeri. Kami berharap bakal jemaah haji dan juga pendeposit dapat memanfaatkan peluang ini.

"Di samping itu, pendeposit juga boleh hadir untuk perkhidmatan simpanan dan pengeluaran serta penukaran status akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa," tambah Mohamed Ameen.

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603 - 6207 1919 atau faks di +603 - 7728 4959 dan emel, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Media Baharu