fb fb fb fb fb

Sembunyi kelahiran bayi, laporan bedah siasat diserah 22 Mac

Tertuduh, Yuni Widya Sari, 28 tahun, sebelum ini membuat pengakuan salah kerana menyembunyikan kelahiran secara rahsia.

KANGAR, 15 Februari- Mahkamah Majistret Kangar menetapkan 22 Mac depan sebagai tarikh serahan laporan bedah siasat bagi kes pengasuh warga Indonesia yang didakwa menyembunyikan kelahiran bayi pada Disember tahun lepas.

Tertuduh, Yuni Widya Sari, 28 tahun, sebelum ini membuat pengakuan salah kerana menyembunyikan kelahiran secara rahsia.

Tertuduh didakwa telah menanam mayat seorang bayi lelaki yang dilahirkannya sekitar pukul 6.30 pagi pada 21 Disember lalu di Jalan Mutiara Jaya, Taman Mutiara, Kangar.

Mayat bayi berkenaan ditemukan selepas sembilan hari ditanam di sebuah kawasan terbuka berhampiran belakang rumah dengan keadaan yang sudah berulat.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah seksyen yang sama.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM