fb fb fb fb fb

Sembilan kes jangkitan cacar monyet dikenal pasti, setakat November ini - KKM

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 November- Sembilan kes jangkitan cacar monyet (mpox) dilaporkan berlaku dalam negara bagi tempoh Julai hingga November tahun ini.

Kes melibatkan seorang warga asing dan lapan warga tempatan.

Kes pertama dan kedua direkodkan di Kuala Lumpur pada Julai, sementara kes ketiga dan keempat pada bulan lepas di Selangor.

Bagi kes kelima pula dikenal pasti di Sarawak pada 5 November dan baki empat kes terbaharu dikesan di ibu negara.

"Jadi, ketika ini kementerian giat melakukan langkah kawalan dan pencegahan jangkitan mpox agar tidak merebak. Antaranya termasuklah pemantauan di pintu masuk antarabangsa negara dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi pengesanan awal terhadap pengembara yang bergejala."

Bagi kemasukan pelajar asing ke institusi pendidikan tinggi (IPT) terutama dari negara yang melaporkan kes mpox atau endemik mpox, mereka diminta melakukan pemantauan kendiri selama 21 hari dan perlu dapatkan rawatan sekiranya bergejala," kata Lukanisman di Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Jerai, Sabri Azit berhubung langkah pencegahan cacar monyet di negara.

Berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Mpox Malaysia 2023, mereka yang dijangkiti dan kontak rapat perlu melalui tempoh isolasi di kediaman atau lokasi bersesuaian sehingga disahkan bebas daripada jangkitan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM