fb fb fb fb fb

Sembilan inisiatif dimuktamad, percepat pencapaian SDG

Foto FB Menteri

KUALA LUMPUR, 8 November- Sembilan inisiatif dimuktamadkan bagi mempercepat pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di negara ini.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sasaran indikator SDG Kebangsaan dan inisiatif itu akan diterjemah dalam Pelan Hala Tuju SDG Fasa 2 yang diterbitkan pada Disember ini.

Keputusan itu antara perkara yang dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis SDG Negara bagi 2023.

Ia bagi memastikan pelaksanaan lebih berkesan ke arah mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.

Menurut Datuk Seri Anwar, kementerian peneraju bertanggungjawab melaksanakan gerak kerja bagi memastikan setiap sasaran SDG dapat dicapai dalam tempoh ditetapkan.

Sehubungan itu, semua wacana dan program anjuran kementerian serta agensi perlu dijajarkan kepada SDG.

Kerajaan sentiasa komited untuk mencapai Agenda 2030 dan akan terus memperkukuh tindakan bagi mencapai 17 SDG.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM