fb fb fb fb fb

Semarak merdeka di RTM Melaka

(Pengarah RTM Melaka, Mohd Yusni Mohamed Ali ketika ditemui pemberita)

MELAKA, 22 Ogos- Bersempena bulan kemerdekaan, RTM Melaka tidak ketinggalan untuk menyemarakkan kibaran Jalur gemilang menerusi Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat RTM Melaka.

Pengarah RTM Melaka, Mohd Yusni Mohamed Ali berkata, sepanjang bulan kebangsaan ini, RTM Melaka menyajikan pelbagai program untuk pendengar dan masyarakat setempat.

Antara program berkenaan termasuklah Dokumentari Bulan Kebangsaan , Drama 'Kampung Seronok', kuiz dan sebagainya.

Tambah beliau, “ini antara bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan kakitangan RTM Melaka dan juga masyarakat untuk memeriahkan lagi sambutan ulang tahun
kemerdekaan negara." Katanya ketika ditemui pemberita RTM.

Sementara itu, warga kerja RTM Melaka yang ditemui berpendapat program kibar jalur gemilang wajar dilaksanakan di agensi atau jabatan lain sebagai tanda kita menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam diri sendiri.

Juruhebah Melaka fm, Norashikin Abd Halim turut menyatakan,"ini adalah peluang yang terbaik untuk warga kerja jabatan masing-masing untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan."

Program Kempen Jalur Gemilang peringkat RTM Melaka di Jalan Taming Sari ini, mendapat sambutan yang cukup baik dalam kalangan warga kerja RTM Melaka.

(Warga kerja RTM Melaka ketika Kempen Jalur Gemilang di Jalan Taning Sari, Melaka)

Media Baharu