PADANG BESAR, 1 Ogos - Jabatan Penerangan (JaPen) Perlis akan melaksanakan lebih 45 program di bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan kempen Kibar Jalur Gemilang serta Hari Malaysia 2024.
Pengarah JaPen Perlis, Mazli Hamdan berkata program yang akan bermula hari ini sehingga 16 September itu melibatkan 45 Komunti MADANI di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Antara program yang bakal dilaksanakan termasuk Kembara Merdeka Jalur Gemilang, Kempen Satu Rumah Satu Jalur Gemilang dan Pertandingan Keceriaan Merdeka.
"Disamping kempen kita bersama komuniti, kami juga melalui program Jiwa MADANI akan melaksanakan disetiap DUN bagi memeriahkan suasana Sambutan Bulan Kebangsaan ini.
"Kita juga sedang merancang untuk melaksanakan program pengedaran Jalur Gemilang di setiap lokasi yang kita bakal kenal pasti," katanya.
Beliau berkara demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perlis di Timah Tasoh, di sini.
Tambah Mazli, setiap program yang diatur bertujuan meningkatkan semangat patriotik di kalangan rakyat.