KUALA LUMPUR, 29 Oktober - Sempena sambutan Deepavali, Maxis mengadakan majlis khas untuk meraikan lebih 165 pelajar di MySkills Foundation, di Kalumpang Hulu Selangor, baru-baru ini.
Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis, Mariam Bevi Batcha berkata, pegawai dan petugas syarikat tersebut telah melakukan pelbagai aktiviti yang menonjolkan tradisi dan budaya perayaan Deepavali.
"Acara ini bertujuan mengukuhkan nilai kebersamaan dan kepelbagaian budaya, antaranya menghias kolam warna-warni, menyediakan hidangan tradisional, dan kudapan seperti murukku.
"Pelajar turut terlibat dalam bengkel berkebun secara praktikal, yang mana mereka menanam bunga untuk menceriakan kampus sambil mempelajari amalan lestari," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, Pengerusi MySkills Foundation, Dr. M. Shanmuga Siva, kerjasama panjang dengan syarikat telekomunikasi sejak 2015 itu telah memberikan inspirasi dan semangat kepada pelajar.
MySkills Foundation adalah sebuah organisasi bukan untung yang berdedikasi untuk memperkasakan belia yang kurang berkemampuan melalui pendidikan, latihan kemahiran, dan program pembangunan holistik.
Sebagai tambahan, syarikat telekomunikasi itu turut melancarkan sebuah video mengisahkan detik-detik kebersamaan antara seorang anak perempuan dan ibunya.
Video tersebut boleh ditonton di YouTube di pautan https://youtu.be/gqMEusorN8Y.