fb fb fb fb fb

Semakan ketetapan arah kiblat boleh dilakukan pada 15 Julai

Foto Facebook Planetarium Negara

KUALA LUMPUR, 8 Julai- Panduan semakan arah kiblat boleh dilakukan pada 15 Julai depan tepat pukul 5.27 petang.

Planetarium Negara dalam satu hantaran di Facebook berkata, pada tarikh dan wantu tersebut kedudukan Matahari akan berada tepat di atas bandar Mekah iaitu terletaknya Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia.

"Fenomena ini merupakan kali kedua ianya berlaku di dalam tahun 2024 selepas yang pertama pada 27 Mei 2024 yang lalu.

"Pada ketika kejadian, bayang-bayang sinaran Matahari bagi semua objek tegak yang ada di permukaan Bumi akan menghala ke arah Kaabah," katanya.

Lakaran bayang-bayang objek tegak pada ketika dan tarikh itu boleh dijadikan sebagai panduan bagi menentukan atau mengesahkan arah kiblat secara semulajadi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI