KUALA LUMPUR, 9 Disember- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memberi amaran mengenai penipuan pelaburan menerusi surat dan e-mel palsu.
Kenyataan SC memaklumkan ia dipercayai berkait dengan skim pelaburan haram yang meminta bayaran daripada pelabur, kononnya bagi pihak SC.
SC sebagai badan kawal selia, tidak memperakui sebarang skim pelaburan atau meminta wang daripada orang ramai dengan cara sedemikian.
Pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan mengambil langkah segera, termasuk laporan polis berhubung perkara tersebut.
Entiti terlibat turut dimasukkan dalam Senarai Makluman Pelabur.
Orang ramai digesa berhati-hati dan mengesahkan sebarang tawaran pelaburan melalui Investment Checker SC.
Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan, hubungi Pejabat Pengguna dan Pelabur SC.