fb fb fb fb fb

Seleweng diesel dalam tong, dua lelaki tempatan ditahan

TAIPING, 3 Ogos - Dua lelaki tempatan berusia 36 dan 48 tahun ditahan menerusi operasi membanteras penyelewengan diesel di stesen minyak Jalan Kg. Dew, di sini pada Rabu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail memaklumkan, operasi dijalankan hasil pemantauan dan intipan selama dua minggu melibatkan aktiviti pembelian minyak diesel yang menggunakan lori dan pacuan empat roda.

(Kedua-dua pemandu tersebut tidak mempunyai kebenaran atau permit khas
untuk membeli minyak oleh Pengawal Bekalan Malaysia bagi membeli minyak
diesel di stesen minyak)

"Modus operandi sindiket kali ini mendapati, dua buah kenderaan pacuan empat roda disyaki membeli minyak diesel secara berulang kali dan mengisinya ke dalam beberapa buah tong drum yang ditutup dengan kanvas.

"Kedua-dua pemandu kenderaan tersebut tidak mempunyai kebenaran bertulis atau permit khas bagi membeli minyak tersebut oleh Pengawal Bekalan Malaysia bagi membeli minyak diesel di stesen minyak," katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, sebanyak tujuh tong drum dengan anggaran 1,320 liter minyak diesel dan dua buah kenderaan pacuan empat roda disita dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM108,383.

Kamalludin berkata, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Media Baharu