fb fb fb fb fb

Selesai saman tertunggak untuk mohon program khas peralihan lesen memandu

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli

KAJANG, 4 Oktober - Individu yang memiliki Lesen Memandu kelas B1 dan B2 dinasihat untuk menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak bagi melayakkan menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi).

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, saman tertunggak JPJ dan polis perlu diselesaikan meskipun kelonggaran syarat telah diberikan.

"Lesennya 10 tahun ke atas tetapi apabila dia menyemak dan dalam sistem tersebut dipaparkan 'tidak layak' maka dia haruslah menyemak semula saman-saman tertunggaknya kerana perlu selesaikan dahulu saman barulah sistem itu akan ditukar kepada layak," kata Aedy Fadly.

Beliau bercakap dalam sidang media Operasi Khas Kenderaan Perdagangan di Batu Lima, Jalan Bangi Lama, Kajang, Selangor.

Tambah beliau, semakan kelayakan boleh dibuat di aplikasi MyJPJ, kaunter JPJ serta laman web JPJ.

TETITIA YUSOFF