fb fb fb fb fb

Selenggara sungai secara berterusan, elak lebih banyak kerugian



JOHOR BAHRU, 8 Januari - Kerajaan Johor akan memperinci penambahbaikan dan penyelenggaraan sistem saliran di setiap daerah di negeri itu, terutama kawasan berisiko banjir.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan lebih banyak kerugian dan perbelanjaan akibat bencana tersebut.

"Kita perlu cari penyelesaian jangka panjang, sungai-sungai perlu diselengara secara berkala, tidak boleh dibiarkan kerana bila dah mula tertimbus atau tersekat barulah kita nak jalankan kerja-kerja pembaikan", katanya semasa berucap dalam Majlis Penutup Festival Permainan Tradisional Peringkat Negeri Johor di Ulu Tiram di sini.

Tambah beliau, langkah penyelenggaraan tersebut akan melibatkan aspek infrastruktur dan pengurusan sistem.

Media Baharu