fb fb fb fb fb

Selawat, doa jadi amalan jemaah haji tertua Malaysia

Zakaria Hamat

MEKAH, 3 Jun- Memperbanyakkan selawat selepas solat dan berdoa kepada Allah SWT dipanjangkan umur dan diberi kesihatan berterusan.

Itu petua Zakaria Hamat, 90 tahun yang merupakan antara jemaah tertua Malaysia bagi musim haji tahun ini. 

Berasal dari Kampung Bilut, Kelantan, tahap kesihatan datuk kepada 11 cucu itu masih baik tanpa sebarang penyakit.

Jelas Zakaria, tiada petua khusus untuk kekal sihat selain daripada mengamalkan pelbagai jenis bacaan selawat dalam rutin harian.

"Sepanjang umur kita kena selawat Nabi, yang pak cik baca ini, tuhan beri panjang umur... Ya Allah Ya Tuhanku, minta dengan Allah SWT panjang umur, sihat tubuh badan," katanya kepada pemberita di sini.

Menurut cucu sulungnya, Mohd Syafiq Mohd Sekari, datuknya terpaksa menolak tawaran haji sebanyak dua kali sebelum ini berikutan keadaan kewangan yang tidak mengizinkan.

"Untuk tahun ini, ditakdirkan Allah SWT jemput lagi.. jadi saya beritahu dalam hati saya, macam manapun tiada orang lain dah..sebab saya anak sulung kepada arwah ayah saya, dah meninggal, dia pun ada anak tunggal.. seorang itu je ayah, saya usaha juga macam mana pun nak bawa dia ke sini," katanya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM