fb fb fb fb fb

Selangor umum bajet negeri RM2.45 bilion

(FOTO BERNAMA)

SHAH ALAM, 26 November- Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.45 bilion dalam Belanjawan 2023 sebagai persediaan mendepani kelembapan ekonomi tahun depan.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari keseluruhan jumlah tersebut tinggi sedikit berbanding tahun lalu iaitu RM2.34 bilion.

"Daripada jumlah tersebut, RM1.25 bilion atau 51 peratus diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.2 bilion atau 49 peratus untuk perbelanjaan pembangunan," katanya.

(Datuk Seri Amirudin Shari/FOTO BERNAMA)

Beliau berkata demikian dalam pembentangan Belanjawan 2023 Bertemakan #KitaSelangor, Melonjak Kemajuan, Mengerat Perpaduan, Menjayakan Harapan, di sini.

Amirudin Shari menyatakan, bagi tahun 2023 kerajaan negeri menganggarkan hasil yang boleh dikutip sebanyak RM2 bilion dan anggaran perbelanjaan sejumlah RM2.45 bilion.

Kerajaan negeri Selangor juga mengumumkan Bantuan Khas Kewangan, sebanyak dua bulan setengah gaji kepada semua anggota berkelayakan dan berkhidmat di pentadbiran kerajaan negeri.

Media Baharu