fb fb fb fb fb

Selangor sasar sifar kemiskinan selewat-lewatnya Julai

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

SHAH ALAM, 5 Jun - Selangor akan memastikan sifar kemiskinan dapat dicapai sepenuhnya di negeri itu selewat-lewatnya Julai ini.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ketika ini dilaporkan terdapat 245 keluarga yang masih tergolong dalam kumpulan tersebut.

Jelas beliau, beberapa usaha dilakukan bagi membantu mereka seperti dana Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang melibatkan pemberian bantuan sebanyak RM300 sebulan. 

"Apabila laporan Februari 2024 daripada 7,000 menjadi 861 orang, kita dapati miskin tegar yang perlukan sokongan dan bantuan. Dan jumlah ini kita boleh sasarkan menjelang Julai kita boleh hapuskan miskin tegar itu daripada 860 lebih. Itu kita buat semak silang semula dengan beberapa agensi dan jumlahnya menjadi 245 orang sahaja," kata Amirudin.

Amirudin turut memberitahu daerah pertama di Selangor yang telah mencapai status tersebut adalah, Sepang.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Peluncuran Logo PLATS Biaya, di sini.

TETITIA YUSOFF