fb fb fb fb fb

Selangor salur RM300,000 bagi alatan bersih banjir

Najwan Halimi

SHAH ALAM, 1 Disember- Kerajaan negeri Selangor menyalurkan sebanyak RM300,000 bagi peralatan pembersihan banjir di sembilan daerah sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut penghujung tahun ini.

Saluran itu akan melalui Pegawai Belia dan Sukan daerah di setiap daerah berkenaan.

Menurut Exco Sukan negeri Selangor, Najwan Halimi, kemudahan ini disediakan bagi memberikan khidmat bantuan pembersihan pasca banjir kepada kawasan dan mangsa terjejas yang akan dikendalikan pasukan Sukarelawan Selangor, Serve Rescue.

"Untuk peringkat awalnya kita menerima peruntukan sebanyak RM300,000 bagi tujuan membeli barang keperluan dan ianya bergantung kepada keperluan semasa.

"Skiranya ada daerah mungkin yang selepas ini dilanda bencana banjir dan memerlukan peralatan tambahan ataupun dari segi logistik dan kita akan bergerak dan berikan daripada kerangka bajet sedia ada," selepas Majlis Penyerahan Peralatan Sukarelawan Selangor, Serve Rescue di Kompleks Generasi Muda dan Sukan Selangor di sini.

Najwan berkata seramai 1,500 orang sukarelawan Serve yang telah mendaftar akan digerakkan bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas jika diperlukan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI