fb fb fb fb fb

Selangor catat kes keganasan rumah tangga tertinggi dari 2021 hingga 2023

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 4 Julai-Sebanyak 2,794 kes laporan keganasan rumah tangga dilaporkan dan diterima Jabatan Kebajikan Masyarakat dari tahun 2021 hingga tahun 2023 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu Negeri Selangor dilaporkan mencatatkan angka tertinggi sebanyak 773 kes dengan 81 kes keganasaan rumah tangga di daerah Klang iaitu 37 kes melibatkan bangsa india , 23 kes bangsa melayu dan 9 kes bangsa Cina selebihnya melibatkan bukan warganegara dan lain -lain kaum.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya turut berkerjasama erat dengan pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam memberikan perlindungan kepada mangsa, mengikut garis panduan pengendalian kes keganasan rumah tangga  berdasar kan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

"Perincian tindakan ke atas kes-kes tersebut adalah seperti berikut ,satu kes diberi perintah perlindungan kecemasan EPO.

"Tujuh kes diberi perintah perlindungan sementara "Interim Protection Order. Diberi perintah perlindungan "Protection Order saja.

"Lima Kaunseling di Pejabat Kebajikan masyarakat, lapan khidmat nasihat di pejabat kebajikan masyarakat, 41 dirujuk ke agensi lain ada empat dan juga di pindah tinggal berasingan pusat perlindungan ataupun swasta korporat persendirian NGO.-4 atau tiga pindah tinggal asingan kembali ke rumah ibu bapa, empat permohonan ditarik balik satu dalam proses siasatan", katanya ketika menjawab pertanyan ahli Parlimen Klang  V. Ganabatirau  yang meminta beliau menyatakan statistik kes-kes keganasan rumah tangga yang direkodkan di
kawasan Klang dari tahun 2021 hingga 2023 mengikut pecahan kaum dan kumpulan ekonomi serta berapa yang mendapat perlindungan . 

Sementara itu, Nancy turut memaklumkan Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO)  akan dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) , jika tiada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas dua jam laporan keganasan rumah tangga dibuat.

"peruntukan undang-undang sedia ada sememangnya bersifat mesra dan melindungi mangsa tadi disebut pasal EPO.

"Dalam masa dua jam, kalau tiada tindakan daripada siapa-siapa, pegawai JKM sendiri boleh bertindak untuk mengeluarkan EPO bagi membantu melindungi mangsa", katanya ketika menjawab soalan tambahan dari ahli parlimen Tumpat Datuk Mumtaz Md Nawi berhubung kes wanita di Perak yang membuat laporan berhubung ugutan diterima daripada suaminya sebelum meninggal dunia akibat dibunuh di sebuah bilik hotel.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD