fb fb fb fb fb

Selangor bakal mempunyai 84 NADI, rapatkan jurang digital

Majlis perasmian NADI Sungai Tua di Selayang Baru, Gombak

GOMBAK, 8 Februari- Menjelang akhir Mac ini, Selangor bakal mempunyai 84 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negeri itu.

Lapan lagi pusat NADI dijangka siap pada akhir Ramadan nanti.

"Sekarang ada 76 yang sedang beroperasi dengan aktiviti mereka dalam memperkasa rakyat.

"Saya tekankan tadi tentang mendekatkan jurang digital dalam kalangan rakyat bukan sahaja jurang digital itu hanya komunikasi tapi bagaimana aplikasi digitaliasasi ini dapat memanfaatkan kehidupan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian NADI Sungai Tua di Selayang Baru di sini hari ini.

Setakat akhir Januari lalu, seramai 107,194 pengguna menerima manfaat pusat tersebut di Selangor.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI