fb fb fb fb fb

"Selamat Tahun Baharu Cina" - Fahmi

Tangkap layar ucapan Selamat Tahun Baharu Cina di aplikasi X, Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 9 Februari- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat yang menyambut perayaan itu menerusi satu hantaran di media sosial.

Fahmi turut mendoakan semua yang meraikan perayaan itu diberi kesihatan, kebahagiaan, kemakmuran serta dikurniakan umur yang panjang.

"Semoga Tahun Naga membawa banyak peluang dan kekayaan dalam perjalanan anda, dan hidup anda dipenuhi dengan kegembiraan dan kebahagiaan.

"Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakan yang merayakan dan saya doakan anda dan orang yang anda sayangi kesihatan, kebahagiaan, kemakmuran dan umur panjang," kata hantaran itu.

Fahmi juga menyarankan supaya menikmati cuti dan masa bersama-sama keluarga dengan sebaiknya.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina menerusi satu hantaran video di media sosial.

"Saya ingin menyampaikan ucapan ikhlas untuk semua dalam menyambut sambutan Tahun Baharu yang menggembirakan. Semoga Tahun Naga membawa kejayaan yang melimpah, nasib baik dan juga kemakmuran untuk anda semua

"Selamat menyambut perayaan yang indah. Selamat Tahun Baru, Gong Xi Fa Cai," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI