fb fb fb fb fb

Selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai - PM

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 30 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan sambutan Festival Kaamatan dan Hari Gawai kepada rakyat Sabah dan Sarawak hari ini.

Beliau menerusi satu hantaran di Facebook berkata, kedua-dua perayaan itu mampu menjadi asas kepada semangat perpaduan dan kerukunan buat seluruh rakyat Malaysia meski berlainan etnik, ras atau kaum.

"Semoga sambutan ini juga menyemarakkan perasaan kasih sayang dan keamanan berkekalan, serta melimpahkan rezeki dan kemakmuran buat negara.

"Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak yang meraikannya," katanya menerusi hantaran itu.

Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai disambut di Sabah hari ini, manakala Hari Gawai akan disambut pada 1 dan 2 Jun oleh masyarakat Dayak di Sarawak.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI