fb fb fb fb fb

"Selamat Menyambut Hari Thaipusam" - Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 24 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada semua yang beragama Hindu yang akan meraikannya esok.

Menerusi satu hantaran dan video di laman media sosial beliau, Anwar berharap semoga sambutan tahun ini lebih meriah dari yang sebelum di samping keluarga dan yang tersayang.

"Salam sejahtera kepada rakan-rakan saya yang beragama hindu yang menyambut dan merayakan Hari kebesaran agama Hindu Thaipusam.

"Negara Malaysia meraikan kepelbagaian dan menghormati hak masing-masing... Oleh yang demikian saya harap rakan-rakan masyarakat Hindu merayakan dengan tenang dengan keluarga suapaya dapat ditingkat usaha mereka, akhlak dan nilai mereka dan semangat kemanusiaan mereka dan jadikan mereka sebagai satu kekuatan induk dalam negara Malaysia yang tercinta," katanya dalam hantaran video itu.

Perdana Menteri juga berkata kerjaan akan terus bekerja memastikan Malaysia terus aman dan damai serta nilai kemajmukan diperkukuh.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI