fb fb fb fb fb

Sektor swasta perlu nilai peranan wanita dalam pengurusan tertinggi- PM

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Sektor swasta perlu membuat penilaian berhubung pembabitan wanita di peringkat pengurusan tertinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketika ini penyertaan wanita dalam sektor itu sangat minima.

"Syarikat-syarikat besar dan syarikat berkaitan kerajaan harus mula membuat penilaian mengapa di peringkat tertinggi jumlah wanita terlalu kecil.

"Saya percaya Jemaah Menteri akan meminta hal ini diberi perhatian. Kita akan dapatkan pelaporan…jika jumlahnya kurang, perlu ada perancangan yang teliti.

"Jika kerajaan tidak menunjukkan contoh, sukar untuk menggesa syarikat-syarikat swasta yang lain," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 di sini.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM