fb fb fb fb fb

Sektor penghantaran makanan akan diletak bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan

(Foto fail)

PUTRAJAYA, 8 Ogos- Sektor penghantaran makanan atau p-hailing akan diletakkan bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan (MOT) selepas pindaan undang-undang dibuat.

Jelas Menterinya Datuk Seri Wee Ka Siong, sejak 2019 MOT hanya mengurus dan mengawal selia industri e-hailing dan tidak meliputi penunggang penghantaran makanan.

(Sektor penghantaran makanan akan diletak bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan)

"Pada tahun lalu keputusan telah dibuat dan akhirnya semua telah serah kepada MOT. Setelah keputusan dibuat kita menerima baik pandangan daripada Jemaah Menteri dan sejak itu kita telah memulakan proses penggubalan undang-undang termasuk pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Dan juga Akta Pengangkutan Awam Darat dan juga Akta LPKP. Kalau mahu mengawal selia sektor p-hailing di Malaysia kita perlu membuat pindaan untuk memberi kuasa kepada agensi-agenai bawah MOT untuk melakukan kerja mengawal selia industri p-hailing," kata Wee dalam sidang media selepas mengadakan sesi dialog bersama wakil E-Hailing dan P-Hailing di Kementerian Pengangkutan di sini.

Beliau berkata pindaan tesebut dijangka dibentang dalam sidang Parlimen akan datang.

(Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bercakap pada sidang media selepas mengadakan sesi dialog
bersama wakil E-Hailing dan P-Hailing di Kementerian Pengangkutan/BERNAMA)

Media Baharu