REPUBLIK KYRGYZ, 16 Mei- Peluang pelancongan berpotensi besar untuk diperkasakan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua-dua negara dilihat mempunyai tarikan tersendiri kepada rakyat masing-masing.
"Keindahan negeri ini dan kawasan pergunungannya itu satu tarikan yang tersendiri.
"Mereka pula sangat berminat dengan kawasan hutan kita, keindahan kota-kota di Malaysia dan pantai," katanya kepada pemberita di sini.
Jelasnya lagi, Republik Kyrgyz juga memohon supaya diberikan peluang tambahan kepada pelajar negara itu ke Malaysia.
Ditanya mengenai lawatan rasminya ke negara-negara di Asia Tengah yang akan turut meliputi Kazakhstan dan Uzbekistan selepas ini, Anwar berkata rantau Asia Tengah berpotensi besar untuk diterokai.
Artikel Berkaitan:
Lantikan penasihat kepada Republik Kyrgyz buka peluang kepada pelabur Malaysia
Lawatan Anwar ke Republik Kyrgyz, perkukuh hubungan dua hala