IPOH, 19 Julai- West Coast Expressway (WCE) hari ini mengumumkan Jajaran Seksyen 11 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Taiping Selatan-Trong-Beruas akan melaksanakan kutipan tol bermula 12.01 tengah malam pada 24 Julai ini.
WCE menerusi satu kenyataan memaklumkan, kutipan tol Seksyen 11 itu akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch N Go, Smart Tag (Plaza Tol Taiping Selatan dan Lekir sahaja) dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
"Kadar tol akan dikenakan mengikut kelas kenderaan bermula 94 sen hingga RM39.36.
"Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya memastikan baki e-wallet dan kad Touch 'N Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa melalui plaza tol,"menurut kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut mengenai kadar tol dan cara pembayaran, orang ramai boleh melayari laman sesawang WCE atau memuat turun aplikasi WCE App atau jika menghadapi sebarang masalah dengan pembayaran tol, boleh hubungi WCE infoline di talian 1700-81-6600 atau emel di
Jajaran sepanjang 35.5 kilometer (km) itu beroperasi secara percuma sejak dibuka secara rasmi pada 12 Mac lepas oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
WCE adalah projek lebuh raya utama di Malaysia sepanjang 233 km dari Banting, Selangor hingga ke Taiping Selatan (Changkat Jering) dan apabila siapa sepenuhnya ia akan berfungsi sebagai nadi penting pengangkutan yang menghubungkan bandar-bandar di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia.