fb fb fb fb fb

Sekretariat Perantau Anak Pahang mulakan operasi

KUALA LUMPUR, 2 Oktober- Sekretariat Perantau Anak Pahang yang berpusat di Kuala Lumpur mula beroperasi bulan ini.

Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Penubuhan Sekretariat itu bertujuan sebagai pusat sehenti bagi mengkoordinasi program-program bantuan serta aktiviti-aktiviti perantau anak pahang.

Sekretariat ini juga akan menjadi penghubung serta membantu kerajaan negeri membuat perancangan dari segi kebajikan dan pembangunan rakyat Pahang yang berada di luar Negeri Pahang.

"Kita mendapati ramai anak Pahang yang berada di luar Pahang. Apabila kita cuba ingin menyampaikan sesuatu iinformasi atau bantuan ia agak sukar untuk dilakukan kerana tiada pejabat khas untuk mereka.

"Oleh sebab itu saya menubuhkan pejabat yang kita panggil Sekretariat Perantau Anak Pahang di Pusat Dagangan Dunia (WTC) bertujuan untuk menjadi pusat sehenti. Ia bertujuan untuk memudahkan segala urusan melibatkan mahasiswa akan dilakukan di situ ," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Bicara Naratif di Angkasapuri Kota Media di ibu negara.

(Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail)

Media Baharu