fb fb fb fb fb

Sekretariat ASEAN sedia sokong sepenuhnya Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN

Chang Lih Kang dan Dr. Kao Kim Hourn/X ASEAN

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Sekretariat ASEAN menyatakan kesediaan untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan.

Komitmen itu disuarakan oleh Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn dalam satu pertemuan dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Chang Lih Kang di Siem Reap, Kemboja semalam.

"Setiausaha Agung turut memuji Malaysia atas komitmen teguh untuk mempertingkatkan ekosistem pemula (start-up) di ASEAN," menurut kenyataan di laman rasmi X ASEAN.

Pertemuan Kao dan Chang diadakan di sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN ke-20 (AMMSTI-20) di Siem Reap.

Malaysia akan mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN daripada Laos tahun depan.

SITI AISHAH MD ISA