fb fb fb fb fb

Sekolah Islam Antarabangsa Pulau Pinang, bukti Islam terus diperkasa

Timbalan Ketua Menteri l, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid

SUNGAI BAKAP, 30 Jun- Sekolah Islam Antarabangsa Pulau Pinang bukti agama Islam terus diperkasa di negeri itu.

Dijangka siap hujung tahun ini, sekolah berkenaan diuruskan sepenuhnya kerajaan negeri menerusi Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP).

Timbalan Ketua Menteri l, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata sekolah itu bakal menggunakan model integrasi pengetahuan, akademik dan program Islamik.

"Antara model yang kita telah kenal pasti umpamanya contoh program sekolah Al-Hamra di Petaling Jaya.

"Jadi kita bercadang sekolah ini peringkat awal adalah sekolah yang tidak ada asrama,  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Al-Mashoor dulu daripada segi bangunannya selama ini tidak ada, jadi kita akan buat sekolah menengah ataupun sekolah rendah, gabung kedua-duanya bagi mencukupkan 60 orang pelajar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Semarak Islami Pendidikan di Dewan Perda, Sungai Duri di sini.

Sekolah berkenaan menggunakan bangunan lama SMK Agama Al-Mashoor Perempuan bertempat di Medan Lim Cheng Teik.

Kumpulan pertama pelajar masuk dijangka pada Mei atau Jun 2025.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM