fb fb fb fb fb

Seketariat narkotik akan diwujudkan di sempadan Sarawak-Indonesia dekat Tebedu

Kunjungan hormat oleh Datuk Khaw Kok Chin ke atas Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia

KUCHING, 19 Mac- Polis Diraja Malaysia PDRM kini dalam perancangan untuk mewujudkan satu seketariat narkotik di sempadan Sarawak-Indonesia dekat Tebedu tidak lama lagi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, ia bagi bagi menangani isu pengedaran dadah rentas sempadan.

Menuju ke arah itu itu jelasnya, seramai 128 anggota dan pegawai polis akan ditempatkan di seluruh Sarawak bagi meningkatkan kemampuan pembanterasan narkotik di negeri itu.

Beliau berkata, penempatan itu sekali gus mengisi kekosongan di 13 ibu pejabat polis daerah dalam masa terdekat.

"Saya percaya strategi ini akan berupaya meningkatkan keberkesanan polis dalam membanteras aktiviti pengedaran dadah di setiap pelusuk negeri.

"Kita akan letak mereka yang berpengalaman di daerah yang tidak ada kekuatan narkotik,"katanya.

Itu antara beberapa isu pokok yang diutarakan beliau dalam kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia pagi tadi.

Beliau dalam kunjungan terbabit turut memaklumkan kepada Premier Sarawak kes pengedaran dadah di negeri itu masih dalam keadaan terkawal.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE